Make your own free website on Tripod.com
laman web mahyudi kaban
Latar Belakang SMA Parit Sulong

HOME

Latar Belakang
Latar Belakang SMA Parit Sulong
Maklumat Sekolah
Lembaran kerja tingkatan 1
Lembaran kerja tingkatan 2
Lembaran Kerja Tingkatan 3
Page Seven Title
New Page Title



Sejarah SMA Parit Sulong dari penubuhannya

SMA Parit Sulong
lambangsekolah.jpg
Gambarfoto Lencana Sekolah

KRONOLOGI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT SULONG

         

        Sekolah Arab Parit Sulong  telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pada awal penubuhannya ia dikenali dengan MADRASAH ARABIAH PARIT SULONG  yang bertempat di Balai Raya Parit Sulong yang mempunyai seramai 3 orang tenaga pengajar dengan jumlah pelajar seramai 20 orang sahaja. Hari persekolahannya adalah pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 2.00 6.00 petang.

 

        Pada masa itu sekolah ini hanya membuka aliran Bahasa Arab sahaja. Kitab atau buku yang menjadi bahan mengajar ialah Kitab yang digunakan ketika masih belajar dahulu. Pada tahun 1975 Sekolah ini dapat membuka hari persekolahannya pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 2.00 6.00 petang.

 

        Pada tahun 1979 sekolah dengan rasminya didaftarkan sebagai SEKOLAH MENENGAH RENDAH ARAB PARIT SULONG, jumlah pelajarnya seramai 50 orang. Pada tahun 1987 sekolah ini telah berpindah ke BANGUNAN UMNO PARIT SULONG yang disewa. Ini adalah kerana bangunan yang lama sering mengalami banjir.

Di bangunan ini bermulanya  2 aliran pembelajaran iaitu Arab dan Ekademik,  manakala pelajarnya bertambah seramai 80 orang.

 

Seterusnya sekolah ini telah menerima tanah seluas ekar. Pada tahun 1993 Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Sekolah telah mengadakan mesyuarat dan mengambil persetujuan untuk membina sebuah sekolah ditapak yang telah diwakafkan. Setelah siap pembinaan iaitu pada tahun 1994 Sekolah ini berpindah ke bangunan yang baru sehingga tahun1998 dengan jumlah pelajar seramai 150 orang dan tenaga pengajarnya seramai 6 orang.

 

        Pada akhir tahun 1999 sekolah ini, sekali lagi berpindah ke bangunan 2 tingkat dibahagian belakang kerana projek pembangunan baru yang dibiayai oleh MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR  di bahagian hadapan masih belum siap dibina sepenuhnya.

 

        Pada bulan Januari 2002 sekolah ini telah berpindah ke bangunan 4 tingkat yang telah siap dibina. Pada masa ini prestasi sekolah telah meningkat dan menjadi sekolah terbaik pencapaian dari sudut pelajaran. Jumlah pelajar kini seramai 128 orang dan tenaga pengajarnya seramai 9  orang. 

 

        Setakat ini kelas yang ada hanyalah setakat tingkatan 3 sahaja. Selepas tamat pengajian di sekolah ini pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah sekolah yang mempunyai tingkatan 4 di sekitar negeri Johor.

 

Pengambilan pelajar adalah berdasarkan  tamat darjah 6. Bagi yang telah memiliki SRP/PMR dan SPM mereka akan mengambil matapelajaran Arab sahaja.

  

MAJULAH SEKOLAH UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA

1. Tuan Haji Azizan Saleh (Mentor kami) - 04

2. Dr. Chow - 04 9781829/012 4687718

3. En Mustaffa Chu Tuah - 012 5060662

4. En Rosly Ismail - 012 4321656

5. En Abdul Aziz Jaafar - 012 4160349

6. Puan Siti Hawa Mohamad - 04 9781390

 

PENGURUSAN

 

PENGURUSAN SEKOLAH

 

          Sekolah Menengah Agama Arab Parit Sulong(SMAAPS) ini hanya mempunyai Satu sesi pengajian sahaja, iaitu daripada tahun 1 hingga tahun 3. Dalam sesi ini semua guru terlibat secara langsung sama ada bidang Akademik ataupun bidang Arab.

 

Guru guru hendaklah menulis dan menandatangani di dalam buku kehadiran guru yang telah disediakan di pejabat iaitu pada masa sampai dan masa hendak pulang. Bagi yang hendak bercuti dengan sebab penting dikehendaki melaporkan kepada pengetua terlebih dahulu dan mengisi borang cuti.

 

          Begitu juga pelajar, kehadiran mereka akan direkodkan dibuku kehadiran pelajar. Ini adalah tanggungjawab ketua kelas dan penolongnya.Ini bertujuan: 

1. Untuk melatih pelajar berkenaan menjalankan tangungjawab.

2. Bagi memudahkan pengurusan di bilik darjah.

 

Akhirnya guru kelas akan memeriksa buku rekod tersebut. Bagi yang tidak hadir, mereka  diminta menulis surat Rasmi kepada guru kelas dan yang tidak ada sebab akan dikenakan denda.

 

          Sekolah Menengah Agama Arab ini tidak ada staf yang khusus, ini adalah kerana jumlah pelajarnya yang sedikit. Pembantu tadbir  sekolah  juga merupakan tenaga pengajar tetapi mahir dalam urusan pejabat.